Zombie Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehHasmah Hassan
Dibintangi
  • Awie
  • Dayana Roza
  • Soffi Jikan
  • Usop Wilcha
  • Eina Azman
Disunting olehAmen Khalid
Syarikat
penerbitan
Enjit Semut Productions
Tarikh tayangan
  • 20 Mac 2014 (2014-03-20) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.70 Juta
Pecah panggungRM 1.55 Juta

Zombi Kilang Biskut ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2014 arahan pengarah berpengalaman, Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 20 Mac 2014.

Sinopsis

Mengisahkan Husin yang kembali ke kampung pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai juruteknik selepas kecewa di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Wahab B, Pian dan Sofea. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang tempat mereka bekerja.

Secara tidak langsung, kampung mereka juga turut didatangi hantu Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuhnya. Ramai lelaki yang menjadi korban Kamariah termasuk zombi dalam usahanya mencari Usop.

Konflik ini mencetuskan huru-hara di kampung pisang dan keadaan bertukar menjadi kucar-kacir selepas mereka mendapat tahu zombi mula menyerang.

Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama-sama berusaha menentang zombi, tetapi semasa mereka hendak menyerang zombi, mereka diserang pula oleh hantu Kamariah.

Pelakon

  • Awie sebagai Husin
  • Usop Wilcha sebagai Usop
  • Dayana Roza sebagai Sofea
  • Eina Azman sebagai Hantu Kamariah
  • Man Kadir sebagai Pak Jabit aka Abang J
  • Soffi Jikan sebagai M. A. Sofi
  • Shuk Sahar sebagai Kusyairi / Abang Din Mamu
  • Ilya Buang sebagai Pian
  • Delimawati sebagai Kak Limah aka Lammy Pamoga
  • Sharwani NS sebagai Wahab B
  • Adam AF sebagai Kenny
  • Abu Mamu sebagai Amran
  • Mamat Khalid sebagai Kulop

Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Filem arahan Mamat Khalid
  • l
  • b
  • s
Kampung Pisang
Filem
Filem spin-off