West Side Story

West Side Story ialah sebuah muzikal yang dicipta oleh Jerome Robbins dengan muzik oleh Leonard Bernstein, seni kata lagu oleh Stephen Sondheim, dan buku oleh Arthur Laurents.

Diilhamkan oleh lakon William Shakespeare, Romeo dan Juliet, kisah ini berlatarkan pada pertengahan 1950-an di Upper West Side Manhattan di Bandaraya New York, dengan kejiranan kolar biru berbilang kaum. Muzikal ini meneroka persaingan antara Jets dan Sharks, dua geng remaja jalanan yang berbeza latar belakang etnik. Sharks, yang merupakan migran baharu dari Puerto Rico, dan Jets yang berkulit putih, bersaing untuk menguasai kawasan kejiranan, dan polis cuba menjaga ketenteraman.[1] Protagonis muda Tony, bekas anggota Jets dan rakan baik kepada ketua geng Jets, Riff, jatuh cinta dengan Maria, saudara kepada Bernardo yang merupakan ketua Sharks. Tema gelap, muzik sofistikated, adegan tarian yang diperluaskan, kisah cinta yang tragis serta tumpuan kepada masalah sosial menandakan titik perubahan dalam teater muzikal.

Penerbitan Broadway tahun 1957 yang asal diarahkan dan dikoreografikan oleh Robbins, menandakan penampilan sulung Sondheim di Broadway. Ia berlangsung untuk 732 persembahan sebelum jelajah. Penerbitan itu telah dicalonkan untuk enam Anugerah Tony, termasuklah Muzikal Terbaik, pada tahun 1958, memenangi dua anugerah.[2] Pertunjukan ini mempunyai produksi West End yang berjalan lebih lama, sejumlah kebangkitan dan penerbitan antarabangsa. Adaptasi filem muzikal 1961 diarahkan oleh Robert Wise dan Robbins, dibintangi oleh Natalie Wood dan Richard Beymer. Filem ini telah dicalonkan untuk sebelas Anugerah Akademi dan memenangi sepuluh daripadanya termasuklah Filem Terbaik. Satu adaptasi filem 2021 diarahkan oleh Steven Spielberg, dan dibintangi oleh Ansel Elgort dan Rachel Zegler. Filem itu juga dicalonkan di Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, bersama enam pencalonan tambahan, dan memenangi satu Oscar.

Rujukan

  1. ^ Preston, Benjamin. "From East Side to West Side" (dalam bahasa Inggeris). Google Arts & Culture. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2021. Dicapai pada 20 November 2021.
  2. ^ "West Side Story". IBDB.com (dalam bahasa Inggeris). Internet Broadway Database. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2013. Dicapai pada 15 Oktober 2016.

Sumber

  • Berson, Misha (2011). Something's Coming, Something Good: West Side Story and the American Imagination (dalam bahasa Inggeris). Milwaukee, Wisconsin: Applause Theatre & Cinema Books. ISBN 9781557837660. LCCN 2011009104. OCLC 609541702. OL 24827750M.
  • Laurents, Arthur (2000). Original Story By: A Memoir of Broadway and Hollywood (dalam bahasa Inggeris). New York: Knopf. ISBN 0-375-40055-9. LCCN 99040733. OCLC 41944755. OL 24748710M.

Bacaan lanjut

  • Acevedo-Munoz, Ernesto R. (2013). West Side Story as Cinema: The Making and Impact of an American Masterpiece (dalam bahasa Inggeris). Lawrence, Kansas: University Press of Kansas. ISBN 9780700619214. LCCN 2013018936. OCLC 840161045. OL 25963517M.
  • Bauch, Marc A. (2013). Europäische Einflüsse im amerikanischen Musical (dalam bahasa Jerman). Marburg, Jerman: Tectum Verlag. ISBN 978-3-8288-3209-1. LCCN 2013482105. OCLC 859520779. OL 30992006M. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2013.
  • Laurents, Arthur (2009). Mainly on directing: Gypsy, West Side Story, and other musicals (dalam bahasa Inggeris). New York: Alfred A. Knopf. ISBN 978-0-307-27088-7. LCCN 2008055541. OCLC 264044556. OL 23211527M.
  • Simeone, Nigel (2009). Leonard Bernstein: West Side Story (dalam bahasa Inggeris). Farnham, Surrey: Ashgate. ISBN 0-7546-6484-8. LCCN 2009017747. OCLC 319955306. OL 23218525M.
  • Vaill, Amanda (2006). Somewhere: The Life of Jerome Robbins (dalam bahasa Inggeris). New York: Broadway Books. ISBN 0-7679-0420-6. LCCN 2006048960. OCLC 70265635. OL 8064311M.
  • Wells, Elizabeth Anne (2010). West Side Story: Cultural Perspectives on an American Musical (dalam bahasa Inggeris). Lanham, Maryland: Scarecrow Press. ISBN 978-0-8108-7666-8. LCCN 2010020727. OCLC 631235463. OL 24383621M.
  • Mary E., Williams, penyunting (2001). Readings on West Side Story (dalam bahasa Inggeris). San Diego, California: Greenhaven Press. ISBN 0-7377-0694-5. LCCN 00068177. OCLC 45556188. OL 10604190M.

Pautan luar

  • West Side Story​ di Internet Broadway Database
  • West Side Story di laman sesawang Music Theatre International
  • West Side Story, bahan meluas di stageagent.com
  • Versi Twelve Jazz bagi West Side Story di Jazz.com
  • NYC Youth Gangs – 1950s
Portal:
  •  Muzik klasikal
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
Lain-lain