Stesen Komuter UKM
Stesen sebelumnya | ![]() (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Kajang menghala ke Batu Caves | Laluan Seremban | Bangi menghala ke Pulau Sebang/Tampin |
![Map](https://maps.wikimedia.org/img/osm-intl,12,2.939444,101.787778,300x180.png?lang=ms&domain=ms.wikipedia.org&title=Stesen_Komuter_UKM&revid=5392818&groups=_be9d4eba5a791c0319817826bf545d7d6b69eca9)
Stesen Komuter UKM ialah sebuah perhentian tren komuter yang terletak berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Selangor, Malaysia. Ia juga merupakan stesen kereta api ke utara (Tanjung Malim) dan ke selatan (Seremban).
Arah selatan ialah Stesen Komuter Bangi. Sementara di arah utara ialah Stesen Komuter Kajang.
Panorama
Sepanjang landasan dari UKM ke Stesen Komuter Bangi, perjalanannya agak menarik. Dari dalam kereta api, anda dapat melihat keindahan lombong / tasik milik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di Bandar Seri Putra. Kereta api dan komuter akan melintas sebuah jambatan dengan tembok semi bulatan. Di bawahnya ialah Sungai Langat yang keruh. Beberapa lombong bijih timah yang terbiar juga jelas kelihatan. Selain itu di kiri dan kanan terlihat ladang kelapa sawit.
Hubungan dengan bas rapidKL
Stesen Komuter UKM boleh dicapai oleh bas rapidKL berikut:-
- T430 : Pekan Kajang - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Pekan Kajang
Galeri
- Bangunan yang terdapat di Stesen Komuter UKM
- Bahagian masuk Stesen Komuter UKM
![]() | Rencana berkaitan pengangkutan rel di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s