Nergal-ushezib

Nergal-ushezib, asalnya Shuzub, merupakan bangsawan Babylon yang dilantik sebagai Raja Babylon oleh Elamites pada tahun 694 BC, selepas mereka menawan Babylon dan menjatuhkan dan membunuh raja Ashur-nadin-shumi sebelumnya, anak pada Raja Sennacherib dari Assyria.

Nergal-ushezib memerintah sebagai Raja kurang dari satu tahun. Sennacherib tidak lama kemudian mengistihar perang terhadap Babylon bagi mendapatkan kembali bandar dan menuntut bela kematian anaknya. Nergal-ushezib dikalahkan dan ditawan oleh Assyria dalam pertempuran berhampiran Nippur pada September 693 BC.[1] Nasib Nergal-ushezib berikutnya tidak diketahui. Dia digantikan oleh putera Chaldea, Mushezib-Marduk, yang meneruskan penentangan terhadap Assyria.[2]

Didahului oleh
Ashur-nadin-shumi
Raja Babylon
694–693 BC
Diikuti oleh:
Mushezib-Marduk

Rujukan

  1. ^ Assyrian and Babylonian Chronicles, By Albert Kirk Grayson
  2. ^ The Cambridge Ancient History, Volume 3, Part 2, edited by John Boardman, I. E. S. Edwards, E. Sollberger, N. G. L. Hammond

Pautan luar