Grehaun Poland
Seekor grehaun Poland jantan | |||||||||||||
Nama lain | Greyhound Poland Anjing pemburu penglihatan Poland | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Poland | ||||||||||||
| |||||||||||||
| |||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Grehaun Poland atau greyhound Poland[a] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan Poland. Ia bukan kerabat dekat bagi grehaun Inggeris.[1][2][3]
Sejarah
Catatan pertama untuk kewujudan grehaun di Poland berasal dari zaman Gallus Anonymus. Grehaun Poland juga telah dirujuk dalam kesusasteraan dan karya seni perburuan sejak abad ke-13.[4][5] Grehaun Poland, yang dianggap mempunyai leluhur sama dengan hortaya borzaya dan borzoi, pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu jaguh rumput dan serigala.[6] Grehaun Poland dianggap sebagai anjing kegemaran kebangsawanan Poland.[7]
Impak Perang Dunia Kedua di Poland menyebabkan pengurangan bilangan grehaun Poland.[8] Pada tahun 1970-an, sekumpulan penggemar, yang dipimpin oleh Stanisław Czerniakowski, berusaha untuk menghidupkan baka ini semula dan mengasaskan buku pembaka pada tahun 1981.[perlu rujukan] Pada tahun 1989, baka ini dimasukkan ke dalam daftar Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).[perlu rujukan]
Penampilan
Seperti banyak anjing pemburu penglihatan, grehaun Poland mempunyai tungkai panjang dan binaan langsing dan berotot. Warna bulu berbeza-beza sesama anjing baka ini dengan warna paling lazim yang merupakan hitam, sawo matang, biru, dan kuning air.[perlu rujukan] Ia berlapis bulu ganda dengan lapis bulu bawah kasar yang menebal pada musim sejuk untuk menyediakan penebatan.[perlu rujukan] Ekor grehaun Poland adalah panjang dan berbentuk sabit, melengkung ke atas pada hujungnya.[9] Pada purata, jantan cenderung untuk berketinggian 27–32 inci (69–81 cm), manakala betina pula setinggi 26–30 inci (66–76 cm).[5][10] Purata berat grehaun Poland ialah 60–70 lb (27–32 kg).[perlu rujukan]
Perangai
Sebagai anjing yang bersikap pelindung dan teritorial, ia cenderung untuk menjadi penyayang dengan pemiliknya tetapi menyendiri di sekeliling orang asing.[11]
Lihat juga
- Senarai baka anjing
Catatan
- ^ Jawi: ݢريهاءون ڤولندcode: ms is deprecated ; Poland: chart polskicode: pl is deprecated , sebutan Poland: [xart ˈpɔlsʲci]; bahasa Inggeris: Polish greyhound; chart polskicode: en is deprecated , [xart ˈpɔlskʲi]
Rujukan
- ^ DK (17 Oktober 2013). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide (dalam bahasa Inggeris). Dorling Kindersley Limited. ISBN 9781409350026. Dicapai pada 25 Januari 2024 – melalui Google Books.
- ^ Mehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). Original Dog Bible: The Definitive Source for All Things Dog (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing. ISBN 9781935484899. Dicapai pada 25 Januari 2024 – melalui Google Books.
- ^ "Dia 1" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
- ^ Biologia (Polonès). Multimedialna encyklopedia PWN Edycja 2.0. pwn.pl Sp. z o.o., 2008. ISBN 978-83-61492-24-5.
- ^ a b Mehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). Original Dog Bible (dalam bahasa Inggeris). Fox Chapel Publishing. m/s. 562. ISBN 9781935484899.
- ^ The Complete Dog Breed Book (dalam bahasa Inggeris). DK Publishing. 17 Mac 2020. m/s. 131. ISBN 9780744022346.
- ^ Multimedialna Encyklopedia Powszechna WIEM edycja 2006. Young Digital Poland S.A., 2006.
- ^ Day®, National Purebred Dog (31 Januari 2019). "A Snippet of Chart Polski History". National Purebred Dog Day® (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
- ^ "Polish Greyhound". DogsPlanet.com (dalam bahasa Inggeris). 30 Disember 2023. Dicapai pada 11 Mac 2024.
- ^ "Breed Standards : Chart Polski (Polish Greyhound) | United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
- ^ Resler, Tamara J.; Weitzman, Gary (3 September 2019). Dog Breed Guide (dalam bahasa Inggeris). National Geographic. m/s. 125. ISBN 9781426334450.
Bibliografi
- Eva Maria Krämer: Rasy psów. Warsaw, Poland: Oficyna Wydawnicza MULTICO, 1998, hlm. 294. ISBN 83-7073-122-8.
- Goleman, M., Balicki, I., Radko, A., Rozempolska-Rucińska, I. dan Zięba, G., 2021. Pedigree and Molecular Analyses in the Assessment of Genetic Variability of the Polish Greyhound (Inggeris). Animals, 11(2), hlm. 353.[1]
Pautan luar
- Chart Polski Association of America (Inggeris)